Cara Ibtida' ( Ibdal Hamzah )

Assalamualaikum..Perbincangan pada cara Ibtida' perkataan berikut.. LINK

Dari pengalaman mendengar bacaan ramai pelajar, biasanya berlaku kesalahan pada permulaan ayat berikut (kotak oren)..kerana ramai yang waqaf pada kalimah sebelumnya. Ada 4 tempat lagi dalam bacaan wasal.
1. Surah Saiyidina Yunus : 79
2. Surah Saiyidina Yusuf : 50 & 54 & 59


Masalah yang sama juga pada ayat-ayat berikut jika mahu mulakan bacaan padanya..






Makanya..macam mana cara sebenar untuk memulakan bacaan pada perkataan-perkataan seperti di atas??

Jawapan senang : Kita mesti baca dengan kaedah MAD BADAL.

Keterangan : MAD BADAL ialah mad yang berlaku apabila ada dua huruf hamzah yang bercouple dalam satu perkataan..Hamzah pertama berbaris dan kedua sukun ( mati ) maka hamzah kedua akan ditukar kepada huruf MAD mengikut baris Hamzah pertama. ( Pemahaman lanjut boleh rujuk kitab2 tajwid atau berjumpa dengan mereka yang ahli )

Jadi, pada perkataan-perkataan di atas tadi..

Jika bacaan sambung, hamzah wasal akan digugurkan dari bacaan dan hamzah kedua dimatikan.

Jika dimulakan pada perkataan tersebut, hamzah wasal akan dibariskan mengikut kaedah dan hamzah kedua akan ditukar menjadi huruf Wau atau Ya'. Seperti di bawah.


Senang lagi nak faham..kalau rumah hamzah berbentuk Wau..kita tukar jadi wau mati, dan hamzah wasal dibaris depan. Jika rumahnya macam Ya', kita tukarkan dengan ya' mati dan hamzah wasal dibaris bawah..

Tambahan : Sebenarnya, hamzah wasal masih dibaris mengikut huruf ketiga..Keterangan lanjut dalam posting lain..In Syaa Allah.

Sekian..Sebarang persoalan amat dialu-alu kan..

Artikel Berkaitan



10 Teguran:

sakura sepi April 27, 2018 at 9:44 AM  

ilmu yang sangat bermanfaat. terima kasih

Azmi September 25, 2018 at 11:29 AM  

Boleh tolong jelaskan ustaz.
Hamzah wasal masih dibaris mengikut baris huruf ketiga?

Azmi September 25, 2018 at 11:30 AM  

Boleh tolong jelaskan ustaz.
Hamzah wasal masih dibaris mengikut baris huruf ketiga?

Unknown October 28, 2018 at 7:54 PM  

pada perkataan iituni tu tak boleh guna konsep baris ketiga,

Unknown October 10, 2019 at 8:21 PM  

Terima kasih atas penerangan yang sangat jelas sangat bermenafaat.

Anonymous,  August 19, 2023 at 7:47 PM  

Assalaamu'alaikum ya Ustaz.. mengikut nota tambahan Ustaz yg berwarna merah.. hamzah wasal masih mengikut kaedah huruf ketiga.. tapi pada perkataan kedua kenapa ia menjadi ايتوني bukan اوتوني.. maaf Ustaz kerana saya keliru..

Anonymous,  August 19, 2023 at 7:48 PM  

Syukran jazilan ya Ustaz atas segala ilmu yg diberi...

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox