Showing posts with label Artikel Umum. Show all posts
Showing posts with label Artikel Umum. Show all posts

Islam Tidak Halalkan Keganasan Dan Penindasan

1Teguran

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

MASYARAKAT dunia mutakhir ini menyaksikan banyak kejadian keganasan, rusuhan dan pengeboman yang berlaku di seluruh pelosok dunia. Kejadian pengeboman di Bali satu ketika dulu, pengeboman hotel di Bandar Mumbai, India dan yang terkini serangan rejim Israel terhadap negara Palestin menghiasi pentas kehidupan umat sejagat.

Semua kejadian yang berlaku menunjukkan ancaman keganasan semakin meningkat dari semasa ke semasa tanpa mengira tempat dan masa. Lebih malang dan menyedihkan lagi apabila kejadian keganasan itu berlaku, ada pihak yang terus menuding jari kepada kelompok umat Islam.

Malah yang lebih membimbangkan ialah mereka yang terbabit dalam aktiviti keganasan ini membenarkan perbuatan mereka berhujahkan ajaran agama. Namun, bagaimana pula dengan keganasan yang dilakukan Rejim Israel terhadap warga Palestin, mengapakah Rejim Israel tidak dilabelkan pengganas?

Kuasa besar seolah-olah hanya memejamkan mata melihatkan rentetan kekejaman dilakukan ke atas rakyat Palestin. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu rupa? Justeru, amat penting bagi golongan ulama Islam pada ketika ini untuk memberi penjelasan bahawa istilah keganasan tidak ada dalam kamus Islam, malah tidak wujud dalam mana-mana agama samawi yang lain.

Pendek kata, Islam dan agama samawi tidak menghalalkan sebarang bentuk keganasan. Pengganas adalah penjenayah yang wajib ditentang dan dihapuskan. Begitu juga keganasan atas nama agama adalah sesuatu yang seharusnya ditolak dan ditentang sama sekali.

Sehubungan itu, adalah sesuatu yang amat penting bagi umat Islam terutama pemimpin dan ulama Islam memberikan penjelasan dan tanggapan benar kepada masyarakat dunia bahawa Islam sebagai al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana terungkap dalam firman suci Allah Taala dalam surah Al-Anbia, ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Perlu ditegaskan bahawa Islam dari pelbagai sudutnya iaitu akidah, syariat dan akhlak, pada dasarnya amat menganjurkan umatnya supaya membentuk sebuah masyarakat sejahtera dan aman damai. Tidak timbul sama sekali istilah keganasan, pelampau dan lain-lain dalam kamus kehidupan umat Islam. Islam bukannya punca keganasan, sebaliknya penganut yang jahil mengenai Islam yang bersalah dalam hal ini.

Maka benarlah kata Mustafa Mahmud dalam bukunya Islam Fi Khandaq yang menegaskan bahawa punca utama kelemahan umat Islam kini ialah kerana mereka memahami Islam dengan kefahaman yang salah dan menyeleweng. Mereka memahami Islam sebagai satu agama yang menyeru kepada tawakul (bukannya tawakal) yang membawa maksud menyerah bulat-bulat kepada Allah Taala tanpa perlu berusaha dan berjihad, zuhud kepada dunia, berasa hina diri dan berpada dengan apa yang ada.

Orang Islam juga adalah umat yang amat rajin membaca al-Quran, namun mereka sentiasa keberatan untuk melaksanakan isi kandungannya dan tidak berusaha untuk melakukan perubahan dan kemajuan untuk diri mereka. Sebaliknya, mereka membaca al-Quran dalam keadaan perasaan, hati dan akal mereka mati untuk menyelami, memahami, menghayati dan juga mempraktikkan ayat-suci al-Quran dalam ruang lingkup realiti kehidupan sejagat.

Malahan ayat yang dibaca itu tidak berupaya bertindak sebagai pemangkin jitu ke arah kebangkitan, beramal, berjihad dan penerokaan terhadap rahsia Allah yang tersurat dan tersirat di bumi Allah Taala ini. Begitu juga, Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Al-Ghazwu al-Thaqafiy Yamtaddu Fi Faraghina menyatakan umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi.

Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yang dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah terbabit, maka wasilah itu dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya.

Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hasil makanan daripada ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Dan bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam?

Jelas di sini ulama Islam sejak dulu lagi sudah mengupas persoalan salah faham umat Islam terhadap Islam sehingga mereka tergamak menghalalkan keganasan, rusuhan dan pengeboman atas nama Islam. Islam amat jauh sekali daripada apa yang mereka tafsirkan sebagai jihad pada jalan Allah. Konsep jihad menurut perspektif Islam amat luas dan suci berdasarkan matlamat syariat yang digariskan Islam.

Di dalam Islam, peperangan jihad tidak akan berlaku melainkan jika terpaksa iaitu apabila umat Islam dizalimi dan ditindas serta mereka ingin mempertahankan maruah mereka dan kesucian Islam daripada ancaman musuh Islam yang durjana. Pada ketika itu, umat Islam diizinkan berjihad dan berjuang menentang musuh Islam, selaras dengan firman Allah Taala maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah al-Baqarah, ayat 190).

Peperangan jihad sebenarnya langkah terakhir yang diharuskan syarak kepada umat Islam dalam usaha mereka mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh Islam selepas beberapa langkah atau pendekatan awalan tidak berhasil dalam menangkis ancaman itu. Inilah prinsip perjuangan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW untuk diteladani umat Islam selepasnya demi meneruskan kelangsungan Islam di bumi Allah ini.

Di samping itu, selaras dengan kedudukan Islam sebagai al-Din bersifat rahmah, Islam amat menganjurkan umatnya agar menggunakan pendekatan berhemah dan lemah lembut sebelum memulakan langkah kekerasan. Bukankah dakwah Islam tertegak atas landasan kata-kata yang lemah lembut seperti dakwah yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun ketika menghadap Firaun.

Kisah ini menyingkap pendekatan dakwah yang berhikmah, islah secara baik, menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran biarlah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Allah. Apa juga bentuk kekerasan dan keganasan adalah dilarang Islam sama sekali, terutama yang menyebabkan kemudaratan lebih besar kepada umum.

Ini bermakna pengeboman, rusuhan dan membakar harta awam yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah haram di sisi Islam, sekali gus termasuk dalam kategori perbuatan kerosakan yang disebut Allah sebagai al-fasad iaitu perbuatan memerangi Allah dan Rasul-Nya yang akhirnya menyebabkan balasan cukup berat di dunia dan akhirat.

Oleh itu, setiap Muslim wajib bermuhasabah dan mencermin diri sejauh mana kefahaman terhadap Islam agar tidak tersasar daripada landasan Islam. Perlu diinsafi bahawa Islam amat menganjurkan kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Tidak ada sama sekali istilah keganasan, rusuhan, pengeboman dan lain-lain lagi dalam kamus Islam, malah Islam mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan tindakan keganasan yang menimbulkan kemudaratan besar kepada manusia sejagat.

Sumber: Berita Harian

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam

0 Teguran

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Sumber : www.pkpu.or.id

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

2 Teguran

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Usia bumi

1Teguran


Assalamualaikum. ..

Mesti korang terkejut kan ..anyway, just bace dulu dan evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam. ..

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yang seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang kalau tak, tak tau ni... Wallahua'lam. .(ni pun aku copy dr org..tak salah kalu ilmu disebarluaskan. .kan?

Natijahku

0 Teguran


Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang dulu kini dan selamanya kita panjatkan kesykuran padaNYA yang memiliki keagongan dan kemuliaan. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu segala nabi kekasih Allah SWT Muhammad Rasulullah SAW serta kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat, TAbi'in, tabi' tabi'in dan kaum muslimin seluruhnya.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNYA dapatlah saya mencoret sepatah dua kata di dalam blog saya ini.Alhamdulillah...syukur sekali lagi Kehadrat Allah SWT kerana berkat dan pertolonganNYA, suamiku telah Najah dalam Imtihan Syahadahnya baru-baru ini. Akulah orang pertama yang begitu gembira apabila diberitahu oleh suamiku bahawa dia telah sofi dalam imtihan syahadahnya...u know what??Sebelum suamiku bertolak ke Syubra untuk melihat sendiri natijahnya...he said that he did not confident yang dia akan najah dalam imtihannya...he so afraid bcoz klo dia failed in his exam...he did not know what to do n how to explain pada family dia...So sebagai seorang isteri, kawan, sahabat....aku berjaya yakinkan dia bahawa Insyallah dia pasti najah dalam imtihan syahadahnya, memandangkan kepada usaha dia selama ini. Walaupun kadang-kadang suamiku terpaksa membahagikan masa mengulangkajinya dengan anak kesayangan kami Huzaifah, menolong aku membuat kerja2 dirumah dan sebagainya, tapi dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan hamba Allah. Apa yang penting sekarang ni, kita dah usaha. So yang tinggal hanyalah doa, ikhtiar dan tawakkal.Banyakkan berserah pada Allah...Dialah Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan kepada Dialah tempat kita mengadu...


 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox