HADIS 13 (Persaudaraan Iman & Islam)

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf : kisah Abu Zar

Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.

Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pulakepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akansempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.

Artikel Berkaitan



1 Teguran:

Masnah Mudin January 14, 2011 at 8:51 PM  

blog yg sangat bermanfaat..Jzkk..

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox