700 Roket Pejuang Palestin Hujani Israel


Isnin ,12/01/2009 - Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.

Bahkan untuk melampiaskan nafsu membunuhnya, Israel menggunakan senjata yang dilarang oleh kesepakatan antarabangsa terhadap rakyat awam. Namun serangan roket pejuang Palestin ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka sudah menggunakan roket baru yang belum digunakan sebelum ini. Jangkauan roket tersebut mampu menembus wilayah strategik yang selama ini tidak dijangka oleh Israel. Seperti pangkalan militan udara dan darat Israel.

Ini bererti, perluasan serangan roket pejuang Palestin ini akan menjadikan 1 juta warga Israel hidup dalam “neraka” bahana roket pejuang Palestin. Wilayah itu adalah Ovekum di bahagian selatan, Asdod ke utara, dimana wilayah tersebut menjadi pelindung pelabuhan strategi di laut Palestin jajahan Israel tahun 1948. Sementara Asqala dan Sidreut sudah lama dihujani roket pejuang Palestin.

Sumber:PalestinKini.Info

Artikel Berkaitan



0 Teguran:

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox