Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

700 Roket Pejuang Palestin Hujani Israel

0 Teguran


Isnin ,12/01/2009 - Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.

Bahkan untuk melampiaskan nafsu membunuhnya, Israel menggunakan senjata yang dilarang oleh kesepakatan antarabangsa terhadap rakyat awam. Namun serangan roket pejuang Palestin ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka sudah menggunakan roket baru yang belum digunakan sebelum ini. Jangkauan roket tersebut mampu menembus wilayah strategik yang selama ini tidak dijangka oleh Israel. Seperti pangkalan militan udara dan darat Israel.

Ini bererti, perluasan serangan roket pejuang Palestin ini akan menjadikan 1 juta warga Israel hidup dalam “neraka” bahana roket pejuang Palestin. Wilayah itu adalah Ovekum di bahagian selatan, Asdod ke utara, dimana wilayah tersebut menjadi pelindung pelabuhan strategi di laut Palestin jajahan Israel tahun 1948. Sementara Asqala dan Sidreut sudah lama dihujani roket pejuang Palestin.

Sumber:PalestinKini.Info

Bantulah Palestine Dengan Infaq dan Doamu

0 Teguran

Wahai sekalian umat Islam apakah kalian masih belum terasa apa-apa lagi apabila saudara kalian ummat Islam Palestin dizalimi sebegitu rupa. mereka hakikatnya adalah saudara yang paling dekat lantaran jalinan aqidah yang suci.


Lalu apa yang kalian perlu lakukan :

1. Bantu pertahankan tanah ummat Islam Palestine dengan darahmu.
2. Derma jihad untuk membantu mereka di sana
3. Doakan kekuatan, kesyahidan dan kemenangan buat mereka.

Berimanlah dengan seruan Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

"Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara."(Al-Hujurat, 49:10)

Berimanlah kalian dengan seruan Allah:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.( Al Baqarah 261 )

Pasakkanlah hati kalian dengan maksud sabda Nabi SAW :

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Nabi SAW bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

ٍBerdoalah untuk saudara kalian di Palestine dengan doa Qunut Nazilah:

QUNUT NAZILAH UNTUK UMMAT PALESTINE

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.)

Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Hadis Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

Seruan jihad

Akhukum
Pejuang kecil
http://najhie.blogspot.com/

Qardawi : Tiada Siapa Terkecuali Daripada Mempertahankan Gaza

0 Teguran

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Sumber : PalestineInfo

Wajah² Di Gaza Sekitar 7 Hari Serangan

0 Teguran

اللهم انصر الإسلام والمسلمين

Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.

Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan .

Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..

Rakyat Palestin sedang melihat kesan bom serangan rejim Zionis ke atas sebuah balai polis di bandar Gaza,

Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu

Pihak perubatan Israel melihat mayat rakyat Israel yang terbunuh dalam serangan roket pejuang Palestin di bandar Netivot


Dipetik Dari: Palestinkini.Info
Sumber Asal : http://www.boston.com/bigpicture/2008/12/israel_and_gaza.html

Selamatkanlah Palestin

6 Teguran

Boikot Israel Laknatullah


Selamatkan Saudara² kami di Palestin..

Ameeeeeeeeeeeen...

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox