HADIS 12 ( Melakukan Kerja Yang Berfaedah )

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْن
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu. silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkarayang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu
perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Artikel Berkaitan



3 Teguran:

NUR IZZATI ZULKIFLY February 14, 2011 at 7:27 AM  

minta izin ambil input tuk hadis 12. terima kasih

Anonymous,  September 23, 2012 at 9:33 AM  

o Thanks,i copy this article ok?

akmal danish,  May 7, 2015 at 4:07 PM  

terima kasih

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox