FADHILAT SURAH AL-KAFIRUN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir(1)Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah(2)Dan kamu bukan penyembah tuhan yang aku sembah(3)Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah(4)Dan kamu tidak (pula) menjadi penyembah tuhan yang aku sembah(5)Untukmu agamamu, dan untukku agamaku(6)

Diantara kelebihan atau fadhilat surah ini:

Dipetik dari kitab 'al-Itqan fi ulumil quran'. Bab 'Fadhailil Quran'

(أخرج الترمذى من حديث أنس : "قل يا أيها الكافرون" ربع القرآن. رواه الحكيم (2081) والبيهقى فى "الشعب" (2518وأخرج أبو عبيد من حديث ابن عباس قال : (قل يأيها الكافرون) تعدل بربع القرآن. (فضائل القرآن)

Mafhumnya: Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun maka
bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran,

وأخرج أحمد والحاكم من حديث نوفل بن معاوية : اقرأ(قل يأيها الكافرون) ثم نم على خاتمتها, فإنها براءة من الشرك. رواه أبو داود (5055) والترمذى (3403)والنسائى وغيرهم وأخرج أبو يعلى من حديث ابن عباس : ألا أدلكم على كلمة تنجيكم من الإشراك بالله؟ تقرؤون(قل يأيها الكافرون) عند منامكم. رواه الطبرانى.

Mafhumnya: Sesiapa yang membaca surah ini dikala mahu tidur maka terlepaslah ia dari syirik.

Artikel Berkaitan



5 Teguran:

Anonymous,  September 3, 2008 at 10:37 AM  

syukran abi rifaie,
kak wan dah baca petikan tu. setakat ni kak wan faham fadilat dia sikit2 lbh kurg mcm yg abi rifaie catatkan, cuma yg musykil dari segi tafsirannya. contohnya kalau surah al ikhlas, dari segi tafsirannya ia lebih kepada keesaan Allah, pergantungan diri kpd Allah, di sini mmg jelas ganjaran/fadhilatnya besar krn keesaan dan keagungan Allah itu sendiri.
cuma surah al kafirun tu akak rasa musykil, sbb surah ini berkaitan dgn org2 kafir, mungkin ada makna yg tersirat di sebalik Allah memberikan ciri yg begitu istimewa kpd surah ini sehingga ganjarannya menyamai 1/4 al Quran...hmm..setiap kali baca surah ni akak tertanya2.. minta maaf ya sbb tanya mcm ni, akak rasa abu rifaie mempunyai sumber rujukan yg byk..
wassalam..

Anonymous,  September 4, 2008 at 5:42 AM  

oooooo...ok akak mcm ni...surah ini banyak kearah pembebasan diri daripada syirik dan menyekutukan Allah sekaligus mentauhidkn Allah dan mengikhlaskn diri semata2 dengan menyembah Allh.

kita tgk pada sebab nuzul(diturunkn) surah ini."suatu hari puak kafir quraisy ni menyeru Nabi s.a.w untuk dianugerahi harta yang banyak sehingga Nabi blh jd org yg pling kaya di Mekah.Merka juga akn mengahwinkan Nabi dgn mn2 pompuan yg die suka seraya berkata:berhentilah mengganggu tuhan kami dan jgn bersangka buruk terhadapnya..klu kamu xnk lakukan ini maka sembahlah lah tuhan kami untuk tempoh setahun.dan kami akn menyembah tuhanmu setahun.maka Allah turnkn surah ini sebagai penegasan untuk menolak permintaan mereka.

surah ini diturunkn sebagai satu pengukuhan iman agar tidak terpedaya dengan segala ajakn kaum kuffar..

tips~ klu terpandang rumah2 ibadat org kafir @ tuhan2 diorg bacalah ayat terakhir surah ini.insyaallah jiwa kita sentiasa tenang~

Anonymous,  September 4, 2008 at 7:57 AM  

abah rifaie,
syukran, baru akak faham, siap dgn asbab nuzul. akak dulu belajar agama sampai form 6 sj, tu pasal ilmu agama ni dangkal sangat.

bila abah rifaie terangkan mcm tu, rasa seronok pula nak mendalami ilmu agama dgn lebih detail, tp akak skrg jd cikgu akdemik, nak tunggu pencen nak blja mengadap guru ntah sempat tidak, jd, blog2 ilmuan begini mmg byk membantu. sesekali baca buku.
tp, ilmu kat internet dr satu sudut lbh mudah utk mendptkannya. kan..
syukran sekali lg..
wassalam..

Anonymous,  September 4, 2008 at 11:02 AM  

xpe akak...kita belajar ilmu Allah sampai mati pun xhabis..yang penting kita usaha untuk meningkatkan pengetahuan walaupun memakan masa..sehari dapat tau satu benda baru sudah memadai dari xde langsung kan..gunakan segala kemudahan yang ada..moga segalanya memberikan manfaat.

akak klu nk ikuti pengajian kitab secara online dari bumi anbiya' ni blh ke laman ni.. http://www.mymkkk.tv/live.php sepanjang ramadan ni kita bersama syeikh nuruddin albanjari..

Anonymous,  September 4, 2008 at 2:44 PM  

alhamdulillah akak dah ke laman tu. byk ya bhn/video yg boleh diikuti. seronok akak dpt jumpa web sebegini. bagi kaum wanita yg bekerja/mempunyai anak kecil agak sukar nak mengikuti kuliah secara langsung.

semoga Allah merahmati, memberkati kepada semua org2 yg berusaha gigih memperjuangkan agamaNya.

wassalam.

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox