Kemalangan melibatkan kereta api, bas dan trak di Mesir 45 terbunuh, 40 cedera


Bangkai bas yang rosak teruk akibat dilanggar kereta api dalam kemalangan membabitkan kereta api, bas dan trak di bandar Marsa Matrouh berhampiran Mediterranean, semalam.


KAHERAH 17 Julai – Seramai 45 orang terbunuh sementara 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api melanggar beberapa buah kenderaan di sebuah lintasan kereta api di bandar Marsa Matrouh, utara Mesir semalam.

Agensi berita MENA melaporkan, kemalangan berlaku selepas sebuah trak terlanggar beberapa kenderaan, termasuk sebuah kereta dan sebuah bas yang sedang menunggu di landasan tersebut, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu naik ke atas landasan, sebelum kereta dan bas tersebut dirempuh oleh kereta api.MENA memetik beberapa pegawai menyatakan bahawa trak tersebut mengalami masalah brek.Kesan perlanggaran juga menyebabkan dua gerabak kereta api terbalik dan tiga lagi terkeluar dari landasan.
Laporan berita menyatakan mangsa yang maut dan cedera telah dihantar ke beberapa buah hospital tempatan.Pemanduan secara cuai, kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan keadaan jalan raya yang tidak sempurna adalah beberapa faktor yang membawa kepada kemalangan di Mesir.Beberapa insiden melibatkan kereta dan kereta api sejak beberapa tahun lalu mencetuskan kemarahan orang ramai mengenai kecekapan kerajaan menguruskan keselamatan pengangkutan.Dua tahun lalu, satu kemalangan kereta api meragut 58 nyawa dan menyebabkan puluhan yang lain cedera di bandar Qalyoub, Delta Nil di utara Kaherah.Pada 2002 pula, 360 penumpang terkorban apabila api yang marak membakar tujuh gerabak penumpang.Dipetik Dari:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0718&pub=Utusan Malaysia sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Artikel Berkaitan



0 Teguran:

Post a Comment

 
© Hak Cipta Terpelihara 2011 [:: AlmansuQie ::]
Template : AlmansuQie~GreenBlue
Designed By : AlmansuQie™

Paparan Lebih Kemas Dengan Firefox