Assalamualaikum..Perbincangan pada cara Ibtida' perkataan berikut.. LINK
1. Surah Saiyidina Yunus : 79
2. Surah Saiyidina Yusuf : 50 & 54 & 59
Masalah yang sama juga pada ayat-ayat berikut jika mahu mulakan bacaan padanya..
Makanya..macam mana cara sebenar untuk memulakan bacaan pada perkataan-perkataan seperti di atas??
Jawapan senang : Kita mesti baca dengan kaedah MAD BADAL.
Keterangan : MAD BADAL ialah mad yang berlaku apabila ada dua huruf hamzah yang bercouple dalam satu perkataan..Hamzah pertama berbaris dan kedua sukun ( mati ) maka hamzah kedua akan ditukar kepada huruf MAD mengikut baris Hamzah pertama. ( Pemahaman lanjut boleh rujuk kitab2 tajwid atau berjumpa dengan mereka yang ahli )
Jadi, pada perkataan-perkataan di atas tadi..
Jika bacaan sambung, hamzah wasal akan digugurkan dari bacaan dan hamzah kedua dimatikan.
Jika dimulakan pada perkataan tersebut, hamzah wasal akan dibariskan mengikut kaedah dan hamzah kedua akan ditukar menjadi huruf Wau atau Ya'. Seperti di bawah.
Senang lagi nak faham..kalau rumah hamzah berbentuk Wau..kita tukar jadi wau mati, dan hamzah wasal dibaris depan. Jika rumahnya macam Ya', kita tukarkan dengan ya' mati dan hamzah wasal dibaris bawah..
Tambahan : Sebenarnya, hamzah wasal masih dibaris mengikut huruf ketiga..Keterangan lanjut dalam posting lain..In Syaa Allah.
Sekian..Sebarang persoalan amat dialu-alu kan..
8 Teguran:
ilmu yang sangat bermanfaat. terima kasih
Alhmdulillah
Boleh tolong jelaskan ustaz.
Hamzah wasal masih dibaris mengikut baris huruf ketiga?
Boleh tolong jelaskan ustaz.
Hamzah wasal masih dibaris mengikut baris huruf ketiga?
pada perkataan iituni tu tak boleh guna konsep baris ketiga,
Terima kasih atas penerangan yang sangat jelas sangat bermenafaat.
Tgk perkataan asalnya..
Tgk perkataan asalnya..
Post a Comment